Cerita ramadhan,tersimpan seribu satu kenangan.Yang pasti,kedatangan Ramadhan mengundang pelbagai reaksi dan emosi bagi insan-insan yang sedang menanti kedatangan ramadhan. Ada yang suka dengan kehadiran ramadhan,namun tidak kurang juga ada yang resah gelisah,tidak senang dengan kehadiran ramadhan.
Aik..macam pelik jer bunyinya,betul ke ada orang yang tidak suka dengan kehadiran ramadhan?,
Inilah satu kenyataan pada hakikatnya terpaksa juga saya nyatakan.Dan yang pasti,akan saya cuba kaitkan dengan tajuk entri pada kali ini,
Secara ringkas, ada dua jenis golongan dalam menyambut Ramadhan :-
Golongan Pertama-Orang yang tidak sabar-sabar menanti kehadiran ramadhan yang sudah menganggap ramadhan sebagai kekasih yang sudah sekian lama ditunggu-tunggu dan dinanti-nanti selama ini.Ulama,para solehin serta orang-orang awam yang ditunjuki hidayah oleh Allah swt supaya hatinya cenderung mencintai ramadhan kareem.
Golongan Kedua-Orang yang tidak timbul dihatinya untuk merindui ramadhan,bahkan menganggap kedatangan ramadhan merupakan suatu beban kerana terpaksa menahan lapar dan dahaga disiang hari,ditambah lagi terpaksa bersusah payah dimalam hari untuk bersolat terawih dan bangkit sahur.Kedatangan ramadhan dianggap tidak memberi apa-apa makna dalam hidupnya,tidak ada beza antara ramadhan dengan bulan-bulan yang lain.
Bukan itu sahaja,malahan terpaksa mengenakan pakaian yang agak sopan dibulan ini bukan kerana ingin menghormati bulan ramadhan tetapi kerana bimbang jika mengenakan pakaian biasa (yang menampakkan aurat (khusus bagi wanita) seperti tidak memakai tudung,memakai kain belah,memakai pakaian yang agak "trendy" yang mendedahkan bahagian yang tidak sepatutnya) akan menerima kejian dan celaan dari masyarakat sekeliling.Golongan ini lebih mengutamakan pandangan manusia dari mengutamakan pandangan Allah kepadanya.Golongan ini jugalah yang tidak sabar-sabar untuk menanti pemergian ramadhan
******************
Tangisan Ramadhan.
Apa kait mengait ramadhan dengan tangisan?
Pepatah Melayu ada mengatakan, "Tak kenal maka tak cinta".Senang kata saya ambil contoh mudah,macam mana nak sayang seseorang jika kita tidak mengenalinya.Katakanlah Si A kawan baik saya,saya sayang sangat kepadanya kerana saya sudah lama mengenalinya dan Si B pula kawan baik awak,dan awak amat menyayanginya seperti mana saya sayangkan Si A.Persoalan saya,kalau saya tidak mengenali Si B,bolehkah saya sayang kepadanya sebagaimana awak sayangkan dia atau bolehkah awak menyayangi Si A sebagaimana saya sayangkan dia tanpa awak mengenalinya..Tidak boleh bukan?
Demikian juga dengan ramadhan.Bagaimana seseorang yang tidak mengenali gerangan "Ramadhan" akan sentiasa ternanti-nanti dan merindui kedatangan ramadhan sebagaimana pungguk rindukan bulan?.Ataupun bagaimana orang yang tidak mengenali siapa "ramadhan" akan menangisi kehadiran dan pemergian ramadhan?.Oleh yang demikian,kita perlulah terlebih dahulu mengenali gerangan ramadhan dan kelebihan-kelebihan yang terkandung dalam bulan yang mulia ini,barulah akan timbul semangat dan perasaan cinta,kasih,sayang dan rindu pada ramadhan dapat disemai.
*******************
Golongan Pertama
Ramadhan I wait for you,
Ramadhan I come to you,
Ramadhan I love you,
Ramadhan I miss you.
Ramadhan wait for me,
Ramadhan come to me,
Ramadhan look at me,
Ramadhan be closed to me.
Ramadhan please forgive me,
Ramadhan dont forget me,
Ramadhan please bless me,
Ramadhan dont leave me.
Ramadhan where are you,
Ramadhan I cant see you,
Ramadhan where have you been,
Ramadhan can I meet you again.
Mereka yang tergolong dalam golongan ini pastinya sudah tidak sabar-sabar ingin menemui ramadhan karim yang sudah sekian lama dinanti-nanti.Perpisahan dan berjauhan selama 11 bulan menggamit rasa rindu kepada tamu agung yang bernama Ramadhan.Umpama pasangan suami isteri yang tsudah lama terpisah,pastilah akan timbul perasaan cinta dan sayang yang mendalam terhadap pasangannya yang sudah lama tidak ditemui.Atau boleh diibaratkan seorang anak yang terpaksa berpisah dengan kedua ibu bapanya kerana menyambung pembelajaran di luar negara pasti akan bercambah perasaan sayang,cinta dan rindu yang mendalam kepada kedua ibu bapa yang dikasihi setelah sekian lama tidak bersua.
Demikianlah yang berlaku terhadap Rasulullah saw,para sahabat dan para solehin yang terdahulu.Ramadhan sudah dianggap sebagai kekasih hati yang sering kali dirindui saban hari kerana mereka terlebih dahulu maklum siapa itu tamu agung yang bernama ramadhan disamping mengetahui rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan yang terkandung dalam bulan yang mulia ini.
**********************
Persiapan Golongan Pertama menyambut ramadhan.
Ibarat pengantin lelaki menanti ketibaan bakal isteri yang dicintainya,pastilah pelbagai persiapan rapi dilakukan untuk menyambut insan yang dikasihi.Bilik tidur dihiasi dekorasi yang indah dengan pelbagai aneka bunga-bungaan disamping mengharumkan bilik tersebut dengan haruman segar lagi harum.
Demikian juga golongan pertama,sebelum kehadiran ramadhan lagi,diri sudah mula melakukan beberapa persediaan untuk menyambut kedatangan kekasih yang bernama "RAMADHAN".Sedari dari bulan rejab lagi pengislahan diri sudah mula dilakukan.Diri diasuh dengan puasa-puasa sunat,amalan qiamullail serta tadarus Al-Quran dan beberapa amalan sunat yang lain dilakukan sebagai latihan kerohanian bagi mempersiapkan diri menuju institusi pentarbiyahan yang bernama Ramadhan.
Kerana itu juga,apabila 1 Ramadhan hadir,golongan ini menyambutnya dengan linangan air mata kesyukuran melambangkan perasaan terharu atas nikmat pemberian Ar-Rahman kerana dipertemukan kembali dengan kekasih yang sudah lama dinanti,iaitu Ramadhan.
Jiwa-jiwa mereka mekar dengan semangat perjuangan untuk mengejar ganjaran-ganjaran hebat yang telah dijanjikan oleh Allah swt bagi mereka yang bersungguh-sungguh melakukan kebajikan.Namun,ganjaran tersebut hanyalah sekadar perkara sampingan.Apa yang lebih berharga adalah mengejar keampunan dan keredhaan Tuhan bagi memperolehi ketenangan dan kejayaan dalam kehidupan.Setiap hari yang berlalu dalam bulan ramadhan tidak pernah disia-siakan.Bahkan sedaya upaya diri diasuh untuk meningkatkan kualiti dalam beramal yang akan menunjuk arah menuju jalan-jalan ketakwaan.
Akhirnya tibalah saat perpisahan setelah bersama hampir sebulan.Perasaan kesedihan mendalam mula terpancar didalam sanubari mengenangkan ramadhan akan berlalu pergi.Entah bilakan akan ketemu kembali.Air mata kesedihan mula mengalir pada hari-hari terakhir berada dalam bulan ramadhan.Seakan menjalar dalam diri suatu perasaan yang sukar untuk diungkapkan.Hanya kepada Pencipta alam segala tangisan dan kepiluan cuba diluahkan dalam setiap sujud dan bait-bait doa yang dilafazkan.Risau andai inilah ramadhan terakhir buat dirinya dan ramadhan pada tahun hadapan tidak pasti apakah dia masih diberi keizinan untuk bertemu kembali kekasih yang bernama Ramadhan..
Wallahu a'lam
Rejim Zionis mengepung ambulans di Jabalia
1 week ago
0 ilhamNya:
Post a Comment