Hensem VS x Hensem

Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap: woow, cool giler…
Kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus…

Kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody’s perfect
Kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
Perempuan akan cakap: memang…. muka pun macam pecah rumah!

Kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
Perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
Kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia…

Kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: sepadan sangat…
Kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

Kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
Kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata:…(terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)…

Kalau lelaki handsome penyayang binatang
Perempuan akan cakap: perasaannya halus…penuh kasih sayang
Kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
Perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi…

Kalau lelaki handsome bawa BMW
Perempuan akan cakap: matching… hebat luar dalam
Kalau lelaki tak handsome bawa BMW
Perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?…

Kalau lelaki handsome tak mau bergambar
Perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
Kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
Perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?…

Kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
Kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu….

Kalau lelaki handsome bersedih hati
Perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
Kalau lelaki tak handsome bersedih hati
Perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?

inikah yang difikirkan oleh gegurl mase kini??
rupa paras yang penting ataupun hati dalaman??
jangan harapkan seorang yang handsome tetapi hati dalaman hancuss..
so,handsome or xhandsome??
lu orang pikirla sendiri..

Jom Berpantun...

Sungguh indah pintu dipahat
Burung puyuh di atas dahan
Kalau hidup hendak selamat
Taat selalu perintah Tuhan

Halia ini tanam-tanaman
Ke barat juga akan rebahnya
Dunia ini pinjam-pinjaman
Ke akhirat juga akan sudahnya

Redup bulan nampak nak hujan
Pasang pelita sampai berjelaga
Hidup mati di tangan Tuhan
Tiada siapa dapat menduga

Belatuk di atas dahan
Terbang pergi ke lain pokok
Hidup mati ditangan Tuhan
Kepada Allah kita bermohon

Daun tetap di atas dulang
Anak udang mati dituba
Dalam kitab ada terlarang
Perbuatan haram jangan dicuba

Terang bulan terang bercahaya
Cahaya memancar ke Tanjung Jati
Jikalau hendak hidup bahagia
Beramal ibadat sebelum mati

Asam kandis asam gelugur
Ketiga asam si riang-riang
Menangis mayat di pintu kubur
Teringat jasad tidak sembahyang

Kulit lembu celup samak
Mari buat tapak kasut
Harta dunia janganlah tamak
Kalau mati tidak diikut

Banyaklah masa antara masa
Tidak seelok masa bersuka
Meninggalkan sembahyang jadi biasa
Tidak takut api neraka?

Dua tiga empat lima
Enam tujuh lapan sembilan
Kita hidup takkan lama
Jangan lupa siapkan bekalan

Kalau Tuan pergi ke Kedah
Singgah semalam di Kuala Muda
Sembahyang itu perintah Tuhan
Jika ingkar masuk neraka

Ramai orang menggali perigi
Ambil buluh lalu diikat
Ilmu dicari tak akan rugi
Buat bekalan dunia akhirat

Pak Kulup anak juragan
Mati diracun muntahkan darah
Hidup di dunia banyak dugaan
Kepada Allah kita berserah

Letak bunga di atas dulang
Sisipkan daun hiasan tepinya
Banyak berdoa selepas sembahyang
Mohon diampun dosa di dunia

Encik Borhan seorang kerani
Terkemut-kemut bila meniti
Tinggalkan sembahyang terlalu berani
Sepertii tubuhnya takkan mati

Sayang-sayang buah kepayang
Buah kepayang hendak dimakan
Manusia hanya boleh merancang
Kuasa Allah menentukan

Masa berada di Pulau Jawa
Rakan diajak pergi menjala
Maha Berkuasa jangan dilupa
Kuasa Allah tidak terhingga

Nyiur mudah luruh setandan
Diambil sebiji lalu dibelah
Sudah nasib permintaan badan
Kita di bawah kehendak Allah

Kemuning di dalam semak
Jatuh melayang ke dalam paya
Meski ilmu setinggi tegak
Tidak sembahyang apa gunanya?

Harimau belang turun sekawan
Mati ditikam si janda balu
Ilmu akhirat tuntutlah tuan
Barulah sempurna segala fardu

Kera di hutan terlompat-lompat
Si pemburu memasang jerat
Hina sungguh sifat mengumpat
Dilaknat Allah dunia akhirat

Anak ayam turun sepuluh
Mati seekor tinggal sembilan
Bangun pagi sembahyang subuh
Minta doa kepada Tuhan

Anak ayam turun sembilan
Mati seekor tinggal lapan
Duduk berdoa kepada Tuhan
Minta Allah jalan ketetapan

Anak ayam turun lapan
Mati seekor tinggal tujuh
Duduk berdoa kepada Tuhan
Supaya terang jalan bersuluh

Anak ayam turunnya lima
Mati seekor tinggal empat
Turut mengikut alim ulama
Supaya betul jalan makrifat

Anak ayam turunnya lima
Mati seekor tinggal empat
Kita hidup mesti beragama
Supaya hidup tidaklah sesat

Tuan Haji memakai jubah
Singgah sembahyang di tengah lorong
Kalau sudah kehendak Allah
Rezeki segenggam jadi sekarung

Bulu merak cantik berkaca
Gugur sehelai ke dalam baldi
Jika tak banyak kitab dibaca
Jangan mengaku khatib dan kadi

Inderagiri pasirnya lumat
Kepah bercampur dengan lokan
Sedangkan nabi kasihkan umat
Inikan pula seorang insan

Sang puteri pergi berenang
Sambil berenang berdondang sayang
Jika hidup dikurnia senang
Jangan lupa tikar sembahyang

Maher Zain Akan Datang Ke Malaysia!!!


Dibawakan khas untuk anda! LIVE IN MALAYSIA!

Showcase Maher Zain, “Save The Soul”


Untuk dapatkan tiket, hubungi :

1) Raudhatus Sakinah, 03-4108 9669 (Pn Izahana / En Abdullah Omar)

2) In-Team Records, 03-6273 6393 / 017-668 1885 (En Fairus)

3) My Event Enterprise, 03-5511 0650 (En Roslan / En Naizi)


* Harga Tiket: RM200, RM150, RM100, RM70

Tempahlah Tiket sekarang juga sementara tiket masih ada!!!

Mahalnya Sebuah Tangisan

Kelembapan wajah hasil wudhu’ terasa sungguh damai sekali

lalu kaki berdiri kaku dan tangan disisip sedia di dada.

Hembusan nafas tenang telah meredakan segala

pekikkan gelora ombak dunia dalam jiwa.


Saat itu mata dikatup rapat tanda ketenangan ditakluki.

Tersingkap sebatang sungai suam air mata membasahi pipi

hasil juraian air mata yang mengalir pantas keluar tanpa disedari.

Rahmat Allah menjanjikan mahalnya sebuah tangisan itu

menghalang Jahannam membakar dua matanya

hanya kerana pernah takutkan Allah.


(Hamba Allah)

Tangisan Ramadhan

Cerita ramadhan,tersimpan seribu satu kenangan.Yang pasti,kedatangan Ramadhan mengundang pelbagai reaksi dan emosi bagi insan-insan yang sedang menanti kedatangan ramadhan. Ada yang suka dengan kehadiran ramadhan,namun tidak kurang juga ada yang resah gelisah,tidak senang dengan kehadiran ramadhan.


Aik..macam pelik jer bunyinya,betul ke ada orang yang tidak suka dengan kehadiran ramadhan?,
Inilah satu kenyataan pada hakikatnya terpaksa juga saya nyatakan.Dan yang pasti,akan saya cuba kaitkan dengan tajuk entri pada kali ini,


Secara ringkas, ada dua jenis golongan dalam menyambut Ramadhan :-


Golongan Pertama-Orang yang tidak sabar-sabar menanti kehadiran ramadhan yang sudah menganggap ramadhan sebagai kekasih yang sudah sekian lama ditunggu-tunggu dan dinanti-nanti selama ini.Ulama,para solehin serta orang-orang awam yang ditunjuki hidayah oleh Allah swt supaya hatinya cenderung mencintai ramadhan kareem.


Golongan Kedua-Orang yang tidak timbul dihatinya untuk merindui ramadhan,bahkan menganggap kedatangan ramadhan merupakan suatu beban kerana terpaksa menahan lapar dan dahaga disiang hari,ditambah lagi terpaksa bersusah payah dimalam hari untuk bersolat terawih dan bangkit sahur.Kedatangan ramadhan dianggap tidak memberi apa-apa makna dalam hidupnya,tidak ada beza antara ramadhan dengan bulan-bulan yang lain.


Bukan itu sahaja,malahan terpaksa mengenakan pakaian yang agak sopan dibulan ini bukan kerana ingin menghormati bulan ramadhan tetapi kerana bimbang jika mengenakan pakaian biasa (yang menampakkan aurat (khusus bagi wanita) seperti tidak memakai tudung,memakai kain belah,memakai pakaian yang agak "trendy" yang mendedahkan bahagian yang tidak sepatutnya) akan menerima kejian dan celaan dari masyarakat sekeliling.Golongan ini lebih mengutamakan pandangan manusia dari mengutamakan pandangan Allah kepadanya.Golongan ini jugalah yang tidak sabar-sabar untuk menanti pemergian ramadhan


******************
Tangisan Ramadhan.


Apa kait mengait ramadhan dengan tangisan?


Pepatah Melayu ada mengatakan, "Tak kenal maka tak cinta".Senang kata saya ambil contoh mudah,macam mana nak sayang seseorang jika kita tidak mengenalinya.Katakanlah Si A kawan baik saya,saya sayang sangat kepadanya kerana saya sudah lama mengenalinya dan Si B pula kawan baik awak,dan awak amat menyayanginya seperti mana saya sayangkan Si A.Persoalan saya,kalau saya tidak mengenali Si B,bolehkah saya sayang kepadanya sebagaimana awak sayangkan dia atau bolehkah awak menyayangi Si A sebagaimana saya sayangkan dia tanpa awak mengenalinya..Tidak boleh bukan?


Demikian juga dengan ramadhan.Bagaimana seseorang yang tidak mengenali gerangan "Ramadhan" akan sentiasa ternanti-nanti dan merindui kedatangan ramadhan sebagaimana pungguk rindukan bulan?.Ataupun bagaimana orang yang tidak mengenali siapa "ramadhan" akan menangisi kehadiran dan pemergian ramadhan?.Oleh yang demikian,kita perlulah terlebih dahulu mengenali gerangan ramadhan dan kelebihan-kelebihan yang terkandung dalam bulan yang mulia ini,barulah akan timbul semangat dan perasaan cinta,kasih,sayang dan rindu pada ramadhan dapat disemai.


*******************
Golongan Pertama

Ramadhan I wait for you,
Ramadhan I come to you,
Ramadhan I love you,
Ramadhan I miss you.

Ramadhan wait for me,
Ramadhan come to me,
Ramadhan look at me,
Ramadhan be closed to me.

Ramadhan please forgive me,
Ramadhan dont forget me,
Ramadhan please bless me,
Ramadhan dont leave me.

Ramadhan where are you,
Ramadhan I cant see you,
Ramadhan where have you been,
Ramadhan can I meet you again.

Mereka yang tergolong dalam golongan ini pastinya sudah tidak sabar-sabar ingin menemui ramadhan karim yang sudah sekian lama dinanti-nanti.Perpisahan dan berjauhan selama 11 bulan menggamit rasa rindu kepada tamu agung yang bernama Ramadhan.Umpama pasangan suami isteri yang tsudah lama terpisah,pastilah akan timbul perasaan cinta dan sayang yang mendalam terhadap pasangannya yang sudah lama tidak ditemui.Atau boleh diibaratkan seorang anak yang terpaksa berpisah dengan kedua ibu bapanya kerana menyambung pembelajaran di luar negara pasti akan bercambah perasaan sayang,cinta dan rindu yang mendalam kepada kedua ibu bapa yang dikasihi setelah sekian lama tidak bersua.


Demikianlah yang berlaku terhadap Rasulullah saw,para sahabat dan para solehin yang terdahulu.Ramadhan sudah dianggap sebagai kekasih hati yang sering kali dirindui saban hari kerana mereka terlebih dahulu maklum siapa itu tamu agung yang bernama ramadhan disamping mengetahui rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan yang terkandung dalam bulan yang mulia ini.


**********************
Persiapan Golongan Pertama menyambut ramadhan.


Ibarat pengantin lelaki menanti ketibaan bakal isteri yang dicintainya,pastilah pelbagai persiapan rapi dilakukan untuk menyambut insan yang dikasihi.Bilik tidur dihiasi dekorasi yang indah dengan pelbagai aneka bunga-bungaan disamping mengharumkan bilik tersebut dengan haruman segar lagi harum.


Demikian juga golongan pertama,sebelum kehadiran ramadhan lagi,diri sudah mula melakukan beberapa persediaan untuk menyambut kedatangan kekasih yang bernama "RAMADHAN".Sedari dari bulan rejab lagi pengislahan diri sudah mula dilakukan.Diri diasuh dengan puasa-puasa sunat,amalan qiamullail serta tadarus Al-Quran dan beberapa amalan sunat yang lain dilakukan sebagai latihan kerohanian bagi mempersiapkan diri menuju institusi pentarbiyahan yang bernama Ramadhan.


Kerana itu juga,apabila 1 Ramadhan hadir,golongan ini menyambutnya dengan linangan air mata kesyukuran melambangkan perasaan terharu atas nikmat pemberian Ar-Rahman kerana dipertemukan kembali dengan kekasih yang sudah lama dinanti,iaitu Ramadhan.


Jiwa-jiwa mereka mekar dengan semangat perjuangan untuk mengejar ganjaran-ganjaran hebat yang telah dijanjikan oleh Allah swt bagi mereka yang bersungguh-sungguh melakukan kebajikan.Namun,ganjaran tersebut hanyalah sekadar perkara sampingan.Apa yang lebih berharga adalah mengejar keampunan dan keredhaan Tuhan bagi memperolehi ketenangan dan kejayaan dalam kehidupan.Setiap hari yang berlalu dalam bulan ramadhan tidak pernah disia-siakan.Bahkan sedaya upaya diri diasuh untuk meningkatkan kualiti dalam beramal yang akan menunjuk arah menuju jalan-jalan ketakwaan.


Akhirnya tibalah saat perpisahan setelah bersama hampir sebulan.Perasaan kesedihan mendalam mula terpancar didalam sanubari mengenangkan ramadhan akan berlalu pergi.Entah bilakan akan ketemu kembali.Air mata kesedihan mula mengalir pada hari-hari terakhir berada dalam bulan ramadhan.Seakan menjalar dalam diri suatu perasaan yang sukar untuk diungkapkan.Hanya kepada Pencipta alam segala tangisan dan kepiluan cuba diluahkan dalam setiap sujud dan bait-bait doa yang dilafazkan.Risau andai inilah ramadhan terakhir buat dirinya dan ramadhan pada tahun hadapan tidak pasti apakah dia masih diberi keizinan untuk bertemu kembali kekasih yang bernama Ramadhan..


Wallahu a'lam

Renung-renungkanlah Wahai Sahabatku


Renung dan fikirlah wahai sahabatku sekalian...
Sejauh mana kita mencintai Allah .. Tuhan yang Maha Agung ???

Suatu pagi aku terbangun dan berpeluang melihat terbitnya mentari.
Aaah... kecantikan alam ciptaan Allah memang tiada tolok bandingnya. Sedang aku memerhati, aku puji Tuhan atas segala keindahan yang telah disajikan itu. Aku duduk dan terasa kehadiranNya di sisiku.

Dia bertanya kepadaku, "Adakah kamu mencintai Aku?" Aku menjawab, "Sudah tentu! Engkaulah Penciptaku, masakan aku tidak mencintaiMu."


Kemudian Dia bertanya lagi, "Jika kamu ditakdirkan cacat anggota, adakah kamu akan mencintaiKu?" Aku tergamam seketika. Aku lihat tangan, kaki dan seluruh anggotaku; aku teringat pelbagai kerja yang mustahil aku lalukan tanpa anggotaku ini yang selama ini tidak kusedari kepentingannya.

Kemudian aku jawab, "Tentunya ia amat sukar bagiku, tetapi aku akan tetap akan mencintaiMu."

Kemudian Dia bertanya lagi, "Jika kamu ditakdirkan buta, adakah kamu akan menyayangi segala ciptaanKu?" Bagaimana mungkin bagiku untuk mencintai sesuatu yang ditak mampu kulihat? Kemudian aku terfikir... ramai orang yang ditakdirkan buta di dunia ini, dan mereka masih mencintai Allah dan segala ciptaanNya.

Lantas aku menjawab, "Amat sukar bagiku membayangkan keadaanku yang sedemikian rupa, namun begitu, aku akan tetap menyintaiMu, ya Allah."

Dia bertanya lagi, "Jika kamu ditakdirkan pekak, adakah kamu akan tetap mendengar kepada kata-kataKu?" Bagaimana mungkin bagiku mendengar jika aku pekak? Kemudian aku tersedar bahawa mendengar itu tidak semestinya menggunakan telinga; tetapi menggunakan hati.

Aku jawab, "Walaupun takdir itu amat berat bagiku, namun aku akan tetap
menyintaiMu."



Dia menyambung lagi persoalannya, "Jika kamu ditakdirkan bisu, adakah kamu akan terus memujiKu?" Aku tertanya lagi, bagaimanakah aku boleh memuji tanpa suara? Aku terfikir kemudian yang Allah mahu kita memujiNya dari dalam hati dan jiwa kita; tidak penting bagaimanakah bunyinya.

Kemudian aku menjawab, "Sungguhpun aku tidak mampu untuk membunyikan pujian bagimu, aku tetap akan memujiMu."

Dan Dia terus bertanya lagi, "Adakah kamu benar-benar menyintaiKu?"



Dengan nada yang tegas dan penuh keberanian. Aku jawab dengan yakin, "Ya, benar Tuhanku, Aku menyintaimu kerana Engkaulah satu-satunya Tuhanku dan Tuhan yang sebenar!"

Aku fikir jawapanku tadi sudah cukup bagus untuk menjawab soalanNya tadi., tetapi Dia terus bertanyakanku lagi, "Kalau begitu, mengapa kamu masih melakukan dosa?"

Aku jawab, "Kerana aku cuma manusia biasa yang selalu lalai; aku tidak sempurna... aku bukan maksum."

"Kalau begitu, kenapa ketika kamu senang dan gembira... kamu lupakanKu; kamu lari jauh daripadaKu? Dan kenapa ketika kamu susah atau mahukan bantuan... kamu terus ingat kepada Aku; kamu datang dekat dan merayu kepada Aku?"


Aku tidak mampu berkata apa-apa. Yang kusedari.. titisan air mata membasahi pipiku.

Dia sambung lagi, "Mengapa kamu buat begini... kadang kala sujud menyembahKu, dan kemudian membelakangiKu; tidak pedulikanKu? Mengapa kamu hanya datang mencariKu hanya ketika kamu mengingatiKu? Mengapa kamu meminta dengan penuh tamak dan mementingkan diri sendiri? Mengapa kamu meminta kepadaKu sedang kamu tidak setia kepadaKu?"
Kurasakan titisan panas mengalir deras membasahi pipiku tanpa henti.

Mengapa kamu malu kepadaKu? Mengapa kamu tidak mahu menyebarkan suruhanKu? Mengapa ketika kamu dizalimi, kamu adukan kepada yang lain sedang Aku sedia mendengar segala rintihanmu? Mengapa kamu sering membuat alasan ketika Aku memberimu peluang untuk berkidmat di jalanKu?"

Ku gagahi bibirku untuk mengucapkan patah-patah perkataan bagi menjawab segala soalan yang bertubi-tubi diajukan kepadaku. Tetapi, aku tidak punyai jawapan bagi persoalan-persoalan tadi. Lidahku yang selama ini lancar berkata-kata, kini kelu. Otakku ligat mencari jawapan.. atau alasan... namun tiada apa yang kutemui sebagai jawapan.

Dia berkata-kata lagi...

"Kamu diberikan sebuah kehidupan. Aku jadikan dalam dirimu keistimewaan dan kelebihan berbanding orang lain untuk kamu berjuang di jalanKu, tetapi kamu tetap berpaling dari jalanKu. Aku tunjukkan kepadamu kata-kataKu sebagai panduan kamu dalam hidup ini, tetapi kamu tidak mahu mempelajar atau menghayatinya. Acap kali Aku berkata-kata kepadamu, tetapi kamu tutup telingamu. Acap kali Aku berikan pelbagai rahmat dan nikmat kepadamu, tetapi kamu berpaling daripada melihatnya. Aku turunkan kepada kamu PesuruhKu, tetapi kamu tidak ambil peduli ketika sunnahnya ditinggalkan. Aku dengar segala permintaan dan rayuanmu kepadaKu... dan semuanya telah Aku perkenankan dengan pelbagai cara."

Sambungnya lagi,

"Kini... adakah kamu menyintaiKu?"


Aku tidak mampu menjawabnya lagi. Bagaimana harus ku jawab persoalan ini? Dalam tak sedar, aku malu dengan segala apa yang telah aku lakukan selama ini. Aku tidak lagi punya alasan bagi menyelamatkan diriku. Apa yang bolehku jawab bagi persoalan itu?

Ketika hatiku berteriak menangis, dan bercucuran air mata mengalir turun di kedua-dua belah pipiku, aku merintih, "Oh Tuhanku... ampunkanlah segala dosaku. Aku tak layak menjadi hambaMu ya Allah..."

Kemudian Dia menjawab, "Sifatku pengampun... barangsiapa yang memohon keampunan dariKu, nescaya Aku ampunkannya. Dan... Aku ampunkan kamu wahai hambaKu."

Aku bertanya kepadaNya, "Mengapa Engkau tetap mengampunkanku sungguhpun aku melakukan kesalahan berulang kali dan memohon ampun berulang kali? Sampai begitu sekalikah cintaMu terhadapku?"

Dia menjawab, "Kerana kamu adalah ciptaanKu. Aku sekali-kali tidak akan mengabaikan kamu. Apabila kamu menangis, Aku akan bersimpati kepadamu dan mendengar segala rintihanmu. Apabila kamu melonjak kegirangan, Aku akan turut gembira dengan kegembiraanmu. Apabila kamu berasa gundah dan kesepian, Aku akan memberikanmu semangat. Apabila kamu jatuh, Aku akan membangkitkanmu. Apabila kamu keletihan, Aku akan membantumu. Aku akan tetap bersama-samamu hinggalah ke hari yang akhir Dan Aku akan menyayangimu selama-lamanya."

Jaga-jaga Wahai Muslimah!!!


Sungguh mereka yang membenci Islam itu akan selamanya menaruh dendam kesumat terhadap Islam dan penganutnya, sehinggalah mereka yang berIMAN itu mengikut petunjuk mereka atau mereka lenyap dari dunia ini selamanya. Namun Penguasa alam ini telah menyatakan bahawa agama ini tidak akan lenyap walau bagaimana ia diperlakukan. Inilah suatu kepastian yang tiada dalih padanya.

Gerakan Kristianisasi pasca moden telah mengambil uslub yang berbeza dan tersangat halus dalam perancangan dakyah mengeluarkan umat yang beriman ini kepada kekufuran. Diantara cara dakyah tersebut adalah dengan memberi bayaran kepada mereka yang sanggup menukar agama mereka. begitulah kiranya kebijaksanaan mereka dalam gerakan dakyah yang serba kebijakkan.

8."Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman." 9."Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya." 10."Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran)."(Al-Baqarah:8-10)

Disana terdapat suatu cara yang tersangat halus yang terpalit padanya kejijikan tipu daya.

Nak tahu ceritanya???

Ni nak share cerita benar...

Ada seorang ustaz menceritakan bahawa Pendakyah ini menyusup masuk kedalam pusat pengajian tinggi. Mereka ini Pendakyah Kristian menyamar diri sebagai Mahasiswa yang berminat untuk belajar mengenai agama Islam. Justeru mereka perlukan seseorang untuk mengajar tentang agama Islam. Agaknya siapa yang mereka cari? Nah! Muslimah adalah sasaran mereka.

Pendakyah ini kemudiannya telah terjumpa mangsa yang ingin dijeratnya.. Pergilah dia kepada Muslimah tersebut untuk bertanya mengenai agama Islam. Biasalah, bila ada orang datang berminat ingin mempelajari tentang Islam tentunya Muslimah tersebut bersemangat memberi penerangan satu persatu mengenai agama Islam. Tidak cukup dengan penerangan, dibeli dan diberi pula buku-buku agama kepada pelajar ini sebagai menambah kefahaman mengenai Islam.

Bulan Pertama

Segala penerangan dan pengajaran berjalan dengan agak baik. 'AlhamduliLlah..' dengus Muslimat tersebut. Disini si Pendakyah tadi memainkan tipu daya syaitan.. Mereka berhubung hampir setiap waktu. Akhirnya si Pendakyah tadi, menyatakan kesudiannya untuk memeluk agama Islam. Bersujud dan bersyukurlah Muslimat tersebut apabila si lelaki tadi menyatakan kesudiannya untuk memeluk Islam.

Langkah pertama selepas memeluk agama Islam, muallaf tersebut perlu belajar cara-cara beribadat mengikut agama Islam. Muslimat tersebut tanpa segan silu menyatakan kesudiannya untuk menjadi orang yang mengajar mengenai hal tersebut. Pagi-petang Muslimat tersebut mengHANTAR berbagai ucapan tazkirah, ayat-ayat supaya si lelaki tersebut bersemangat dalam menunaikan tuntutan agama. Lelaki itu pula sering sahaja bertanya mengenai ibadat dalam Islam. Mereka kerap bertemu di suatu tempat dengan niat ingin berbincang mengenai agama Islam.

Bulan-bulan berikutnya muncul tanpa disedari..

Perhubungan ini ternyata eratnya. CINTA mula berputik dihati seorang wanita. Kadang-kadang perbualan mereka berselang-seli ayat-ayat berselindung perasaan masing-masing. Mungkin dahulunya perbualan hanya kerana ALlah, tapi sekarang bercampur aduk. Boleh jugak kalau nak sebut cinta nta~nti. Nak dipendekkan cerita, suatu hari si pandakyah itu mengajak muslimat tersebut ke suatu tempat. Seperti biasa, untuk belajar mengenai agama Islam. Muslimat tersebut dengan senang hatinya menyambut denga tangan terbuka, hati bercinta, nafsu melata. Sibuk duk berbincang, si lelaki menyelinap dengan mengajak Muslimat tersebut balik kerumahnya dengan alasan untuk sembahyang berjemaah dan menyambung perbincangan.

Malam menjelma..

Usai solat berjemaah, dinner bersama.. Lelaki tersebut menggunakan keromantikannya sebagai seorang lelaki untuk mengajak muslimat tadi ber**** dengannya. Muslimat tersebut berbekalkan iman senipais kulit bawang yang pada mulanya menolak akhirnya menerima permintaan itu dengan alasan mereka ingin berkahwin. Akhirnya dia.. WANITA.. Apabila terngadah, banyaklah pula kesannya. Sebaliknya pula kepada lelaki. Muka sudah malu, hati mula resah, fikiran bercelaru, Iman meninggalkan hati yang membusuk.. Lelaki tersebut mula berkata dengan terangnya, "nti, kenapa begitu resah? Dalam agama kristian, berzina sebelum kahwin adalah dibolehkan.." Muslimat tadi akhirnya berjual beli buat kesekian kalinya.. Islam ditukar kristian..

TAMAT.

Bukanlah niat saya untuk merendahkan Iman kaum wanita, malahan sama sahaja lelaki mahupun perempuan. Apa yang ingin saya nukilkan adalah, perencanaan gerakan mengkristiankan orang Islam tersangat licik dan praktikal.

208."Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam kedamaian dengan keseluruhan jiwa kamu dan janganlah kamu menurut jejak syaitan-syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yang amat nyata." 209."Oleh itu jika kamu tergelincir juga setelah datang kepada kamu keterangan-keterangan yang jelas, maka ketahuilah bahawa Allah itu Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Al-Baqarah:208-209)

Saya juga tidak bercerita dengan niat untuk membangkitkan si jijik hingga bercelaru pemikiran para duat, sebagaimana yang berlaku dalam akhbar-akhbar serta majalah-majalah pada hari ini. Semoga sama-sama beroleh pengajaran dan mengambil manfaat. Sebarang kesilapan, mohon kemaafan.

WaLLahua'lam...

Ikhtilat

Ikhtilat merupakan suatu bentuk pergaulan secara bebas yang melibatkan lelaki dan perempuan yang ajnabi. Ia merupakan suatu bentuk pergaulan yang ditegah oleh Islam. Sesungguhnya mengambil mudah persoalan ikhtilat boleh membuka ruang maksiat yang berleluasa dalam masyarakat tanpa kita sedari.

Tambahan kemajuan era teknologi sekarang, ikhtilat bukan sahaja melibatkan perjumpaan antara lelaki dan perempuan yang ajnabi malah dengan kemudahan yang ada seperti
Yahoo Messenger, SMS, e-mail, dan Friendster. Jarak yang jauh didekatkan, masa yang berbeza tidak menjadi masalah begitu juga dengan kos perhubungan. Budaya ini terus menjadi darah daging masyarakat kita terutama remaja-remaja.



Kadang kala perhubungan dimulakan atas dasar kerja tetapi akhirnya melarat kepada perkongsian peribadi bukan perkongsian kepakaran. Maka tenggelamlah konsep 'kerja adalah kerja, peribadi adalah peribadi'. Kononnya hendak memahami dan mewujudkan keserasian dalam bekerja. Seolah-olah kita mencari keredhaan manusia dalam kemurkaan Allah.

Apabila wujud golongan yang menegah dan menunjukkan kaedah muamalat yang selari dengan syariat Islam maka timbullah konsep
SYADID. Sememangnya Islam itu mudah dan tidak membebankan tapi tidak bermakna kita layak untuk mempermudah-mudahkan syariat Islam.

Adakah salah seorang nisa' dan rijal menjaga maruah dan pergaulannya. Bercakap, berurusan, berjumpa dan berbincang atas keperluan? Adakah salah bagi seorang nisa' terutamanya menegaskan suaranya dan menjaga pandangan demi menjaga maruah dirinya.

Dalam Al-Quran ada menyebut: "Katakanlah kepada lelaki-lelaki dari orang-orang beriman supaya menahan pandangan mereka serta menjaga kehormatan mereka dan katakanlah kepada perempuan-perempuan dari orang-orang yang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka." (An-Nur:31)

Apabila rijal dan nisa' berjumpa tidak kira atas apa jua keperluan dan keadaan perlulah berteman bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW: "Tiada akan menyendiri seorang lelaki dan seorang perempuan itu melainkan syaitan akan menjadi orang yang ketiga."

Ada yang menimbulkan alasan malas menyusahkan rakan untuk menemankan kita. Malas nak tunggu rakan. Malas itu malas ini. Besar sangatkah malas kita berbanding arahan Allah dalam Al-Quran? Tegarkah kita melawan syariatNya.

Syariat Islam turut menyarankan kepada kita untuk menundukkan pandangan. Bukan sahaja haram melihat aurat bukan muhrim malahan bahagian-bahagian bukan aurat turut dilarang. Sabda Rasulullah SAW:
"Wahai Ali janganlah pandangan (yang kedua) menuruti pandangan (yang pertama) kerana sesungguhnya pandangan pertama itu adalah bagimu sedang yang kedua tidak (berdosa)."

Kalau dah bergaul dan bercampur bebas masakan kita mampu menahan dan menjaga pandangan. Usah menegakkan benang yang sememangnya basah. Ana bukanlah nak menghukum tanpa memberikan jalan penyelesaian. Jom kita berkongsi
tip-tip berurusan dengan bukan muhrim:

1.
Elakkan berhubungan dengan lelaki. Kalau ada peluang untuk minta bantuan dari nisa' (bagi nisa') dan rijal (bagi rijal), mintalah tolong mereka. Lainlah benda-benda di luar kudrat kita contohnya apabila nisa' minta bantuan rijal soal baiki latop, kereta dan perkara-perkara yang tak mampu dilakukan nisa'. Silalah mempergunakan kemahiran dan kepakaran yang ada. Begitu jugalah sebaliknya bagi rijal.

2.
Andai terpaksa berhubung dengan bukan muhrim gunakanlah perantaraan berbentuk tulisan seperti sms, nota kecil dan sebagainya. Ringkaskan dan padatkan ayat-ayat. Tak perlulah meletakkan ikon senyum yang sememangnya comel. Tak perlu disertakan dengan gelak ketawa seperti huhu, haha, hihi, hikhik. Seolah –olah kanak-kanak tadika mengajar mengeja. Apatah lagi benda-benda lain yang kurang berfaedah.

Andai terdesak sangat untuk bercakap melalui telefon, jagalah suara anda terutama nisa' selari dengan tuntutan Al-Quran:
"Wahai isteri2 nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu org yang ada penyakit dlm hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yg baik." Takkanlah nak tunggu Allah menempelak kita dengan balaNya?

3. Tundukkan hati. Sepatutnya apabila kita berurusan dengan bukan muhrim kita perlu risaukan kemurkaanNya. Banyak-banyaklah berdoa semoga urusan dipermudahkan dan bebas daripada fitnah. Minta dariNya supaya dipelihara daripada panahan syaitan.


4. Tundukan pandangan. Jangan tertipu dgn matapelajaran kaedah berkomunikasi yang kita belajar "make eye contact with the person you're talking to". Melainkan dengan kaum sejenis. Teramatlah disarankan demi membina ukhwah yang kukuh. Berwaspada dengan konsep "dari mata turun ke hati". Tak bermakna tundukan pandangan sehingga jalan terlanggar tiang.

5.
Mempercepatkan urusan. Apabila ada urusan, segerakanlah kerja. Tak perlulah sampai hendak berkongsi hal peribadi, luahan hati, gelak ketawa dan sebagainya yang tidak penting. Berbincanglah di tempat yang sesuai dan segerakan urusan. Jangan lupa peneman anda.

Teringat satu mail yang ana dapat mengenai luahan rijal. Jom kita kongsi bersama. Insya Allah ada manfaatnya.



"Lalu apa yang telah aku lakukan selama ini...Ya Rabb...tolong ampuni aku...untuk setiap pandangan yang tak terjaga, lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab... Ya Rabb...Engkau mengawasi kami tiap detik, karena kasih sayangMu kepada kami Engkau perintahkan malaikat silih berganti menemani kami siang dan malam..."

Semoga ia menjadi peringatan bagi kita. Semoga kita dapat mewujudkan biah solehah dalam keredhaanNya. Peringatan untuk diri yang lemah dan banyak kesilapan serta kekurangan dan sahabat-sahabat Islam yang dikasihi.

"Elakkanlah berhubung tanpa urusan yang benar2 penting dengan wanita2 (berlawanan jantina) kerana di situlah letaknya jalan SYAITAN".


Sama2 kita renungkan dan reflek diri. InsyaAllah

MENYEBARKAN SALAM

Satu kebiasaan yang ringan namun bisa jadi jarang diterapkan di tengah keluarga kita adalah menyebarkan salam. Padahal banyak buah kebaikan yang bisa dipetik dari ucapan yang mengandung muatan doa ini.

Salah satu hal yang penting dalam kehidupan masyarakat muslim adalah menyebarkan salam. Karena dengannya akan tumbuh rasa saling cinta di antara mereka, biarpun tidak saling mengenal.

Betapa banyak kita temui anjuran Rasulullah SAW kepada kita untuk menyebarkan salam. Sebagaimana disampaikan oleh Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah SAW pernah bersabda:

حَقُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ سِتٌّ. قِيْلَ: مَا هُنَّ يَا رَسُوْلَ اللهِ؟ قَالَ: إِذَا لَقِيْتَهُ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ، وَإِذَا دَعَاكَ فَأَجِبْهُ، وَإِذَا اسْتَنْصَحَكَ فَانْصَحْ لَهُ، وَإِذَا عَطَسَ فَحَمِدَ اللهَ فَسَمِّتْهُ، وَإِذَا مَرِضَ فَعُدْهُ، وَإِذَا مَاتَ فَاتَّبِعْهُ

“Hak seorang muslim atas muslim yang lain ada enam.” Beliau pun ditanya, “Apa saja, ya Rasulullah?” Jawab beliau, “Jika engkau bertemu dengannya, ucapkan salam kepadanya. Jika dia memanggilmu, penuhi panggilannya. Jika dia meminta nasihat kepadamu, berikan nasihat kepadanya. Jika dia bersin lalu memuji Allah, doakanlah dia1. Jika dia sakit, jenguklah dia; dan jika dia meninggal, iringkanlah jenazahnya.” (HR. Al-Bukhari no. 1240 dan Muslim no. 2162)

Hukum Rai Valentine dan Jual Bunga


Soalan

Assalamualaikum ustaz,

Benarkah hukum menyambut hari Valentine adalah haram, bagaimana pula hukum menjual hadiah dan bunga kepada pasangan-pasangan bukan Islam dan sebahagian umat Islam yang meraikannya?

JAWAPAN

Asal-usul Valentine

Tindakan mengaitkan pertengahan bulan Februari dengan cinta dan kesuburan sudah ada sejak dahulu kala. Menurut tarikh kalendar Athens kuno, masa antara pertengahan Januari dengan pertengahan Februari adalah bulan Gamelion, yang dipersembahkan kepada pernikahan suci Dewa Zeus dan Hera.

Di Rom kuno,15 Februari adalah hari raya Lupercalia, sebuah perayaan Lupercus, dewa kesuburan, yang dilambangkan setengah telanjang dan berpakaian kulit kambing sebagai sebahagian daripada amalan penyucian, para pendeta Lupercus menyembahkan korban kambing kepada sang dewa dan kemudian setelah minum anggur, mereka akan berlari-larian di jejalanan kota Roma membawa potongan-potongan kulit domba dan menyentuh siapa pun yang mereka jumpai. Terutama wanita-wanita muda akan maju secara sukarela karena percaya bahawa dengan itu mereka akan dikurniakan kesuburan dan bisa melahirkan dengan mudah.*

Selain itu, sejarahnya juga berkait dengan fakta di bawah :-

Saint Valentine is a name which is given to two of the ancient "martyrs" of the Christian Church. It was said that there were two of them, or that there was only one, who died in Rome as the result of the persecution of the Gothic leader Claudius, c. 296 CE. In 350 CE, a church was built in Rome on the site of the place where he died, to perpetuate his memory.

When the Romans embraced Christianity, they continued to celebrate the Feast of Love mentioned above, but they changed it from the pagan concept of "spiritual love" to another concept known as the "martyrs of love", represented by Saint Valentine who had advocated love and peace, for which cause he was martyred, according to their claims. It was also called the Feast of Lovers, and Saint Valentine was considered to be the patron saint of lovers.

One of their false beliefs connected with this festival was that the names of girls who had reached marriageable age would be written on small rolls of paper and placed in a dish on a table. Then the young men who wanted to get married would be called, and each of them would pick a piece of paper. He would put himself at the service of the girl whose name he had drawn for one year, so that they could find out about one another. Then they would get married, or they would repeat the same process again on the day of the festival in the following year.

The Christian clergy reacted against this tradition, which they considered to have a corrupting influence on the morals of young men and women. It was abolished in Italy, where it had been well-known, then it was revived in the eighteenth and nineteenth centuries, when in some western countries there appeared shops which sold small books called "Valentine's books", which contained love poems, from which the one who wanted to send a greeting to his sweetheart could choose. They also contained suggestions for writing love letters.

(The above quotation is excerpted, with slight modifications, from www.Islam-qa.com)

Justeru, secara ringkasan saya boleh simpulkan seperti berikut :-

1) Kita hanya boleh merayakan perayaan yang diiktiraf oleh Islam iaitu 'Idil Fitri dan 'Idil Adha.

Nabi SAW bersabda :

(إن لكل قوم عيدا وإن هذا عيدنا)

Ertinya : Sesungguhnya bagi setiap kaum itu perayaan masing-masing, dan ini (IdilFitri dan Idiladha) adalah perayaan kita" ( Riwayat AL-Bukhari, 952 ; Muslim, 1892)

Justeru, sebarang perayaan yang disambut oleh umat Islam mestilah terhad kepada dua perayaan ini sahaja.

Bagaimanapun, jika sesuatu majlis, keraian dan sambutan itu dianjurkan bukan atas asas atau nama agama serta tiada kaitan dengannya bahkan dibuat atas dasar adat semata-mata, ianya boleh dan harus diraikan dengan syarat sambutannya tidak diserapi apa jua unsur maksiat dan syirik. Sebagai contoh sambutan kemerdekaan Negara, sambutan ulangtahun penubuhan sesebuah syarikat dan sebagainya. Cuma ia bukanlah disambut sebagai hari raya ketiga atau keempat, tetapi hanya sebagai majlis keraian setaraf dengan majlis perkahwinan dan sepertinya sahaja.

Ini bermakna, setiap tujuan dan asal usul perayaan itu perlulah disemak. Maka jika disemak perayaan Valentine ini. Ternyata ia berasal dari cerita dongeng, karut dan syirik berkaitan dewa dan sebagainya. Selain daripada asal usul, cara dan kaedah implementasnya juga mesti dilihat, jika secara adatnya ia disambut dengan dosa dan maksiat. Ia sekali lagi dilarang di atas dasar tersebut pula.

2) Tidak harus pula meniru orang kafir dan ahli maksiat dalam meraikan majlis yang dianjurkan.

Imam Ibn Taymiah dan Ibn Qayyim telah menyebut bahawa telah Ijma' (sepakat keseluruhan Ulama) melarang penyerupaan dalam meraikan perayaan agama ( atas asas agama) selain Islam. ( Iqtidha, 1/454 ; Ahkam Ahli Zimmah, 2/722)

3) Islam tidak mengiktiraf hari kasih sayang. Kasih sayang dalam Islam bersifat universal, tidak dibatasi waktu dan tempat dan tidak dibatasi oleh objek dan motif. Hal ini sesuai dengan hadis :

"Cintailah saudara seislam seperti kamu mencintai dirimu sendiri." (Riwayat Bukhari).

Islam sangat melarang keras untuk saling membenci dan bermusuhan, namun sangat menjunjung tinggi akan erti kasih sayang terhadap umat manusia.

Rasulullah saw. bersabda : "Janganlah kamu saling membenci, berdengki-dengkian, saling berpalingan, dan jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Juga tidak dibolehkan seorang muslim meninggalkan (tidak bertegur sapa) terhadap saudaranya lebih dari tiga hari" (Muslim)

Kasih sayang dalam Islam diwujudkan dalam bentuk yang nyata seperti silaturahim, menjenguk yang sakit, meringankan beban tetangga yang sedang ditimpa musibah, mendamaikan orang yang berselisih, mengajak kepada kebenaran (amar ma'ruf) dan mencegah dari perbuatan mungkar.

4) Sambutan hari Valentine hari ini menjadi semakin terkeji apabila ia menjurus kepada perlakuan maksiat, mengadaikan ‘dara' kepada kekasih yang bernafsu ‘syaitan' dan dengan perlakuan seks bebas yang kononnya bagi membuktikan 'ketulenan' cinta seseorang kepada kekasihnya.

5) Islam juga melarang umatnya dari terlibat, duduk serta bersekongkol dalam majlis yang mempersendakan Islam dan bercanggah dengannya. Ini dari firman Allah yang bererti :

وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ اللّهِ يُكَفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلاَ تَقْعُدُواْ مَعَهُمْ حَتَّى يَخُوضُواْ فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ إِنَّكُمْ إِذًا مِّثْلُهُمْ إِنَّ اللّهَ جَامِعُ الْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ فِي جَهَنَّمَ جَمِيعًا

"Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al Qur'an bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahanam" ( An-Nisa : 140 )

Diriwayatkan dari Umar r.a. bahwa dia pernah mendengar Rasulullah s,a.w. bersabda:

"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka janganlah duduk pada suatu hidangan yang padanya diedarkan arak." (Riwayat Ahmad)

Maka majlis arak yang haram itu adalah sama hukumnya dengan majlis Valentine yang mana sumber, asal usul dan cara pelaksanaannya yang terdedah kepada pelbagai jenis maksiat. Tidak harus sama sekali untuk menghadiri majlis sempena Valentine di mana-mana jua.

"Jadi adakah pergi shopping sempena 'sale' hari Valentine juga salah?

Jawabnya, sekadar membeli belah ia tidak salah, namun TIDAK DIBENARKAN menyertai sesuatu PERHIMPUNAN, SAMBUTAN KHAS kerana Valentine seperti majlis Konsert, Nyanyian dan sepertinya.

6) Hukum memberikan hadiah sempena hari Valentine juga adalah menjadi haram berdasarkan kaedah dari firman Allah :

"Janganlah kamu bantu membantu dalam perkara dosa dan permusuhan".

Bagaimanapun hukum menjual bunga sahaja, ia tidak kurang dari kategori jualan yang syubhah, makruh atau haram khas di hari Valentine.

Diriwayatkan, ada seorang laki-laki yang memberi hadiah satu bekas arak kepada Nabi s.a.w., kemudian Nabi memberitahu bahwa arak telah diharamkan Allah. Orang laki-laki itu bertanya:

Lelaki : Bolehkah saya jual?

Nabi : Zat yang mengharamkan meminumnya, mengharamkannya juga menjualnya.

Lelaki : Bagaimana kalau saya hadiahkan raja kepada orang Yahudi?

Nabi : Sesungguhnya Allah yang telah mengharamkan arak, mengharamkan juga untuk dihadiahkan kepada orang Yahudi.

Lelaki : Habis, apa yang harus saya perbuat?

Nabi : Tuang saja di dalam parit air.

(Al-Humaidi dalam musnadnya)

Justeru, kita dapat melihat bahawa benda yang haram, maka haram juga dijualnya mahupun dihadiahkan. Dalam hal menjual bunga, ia juga boleh menjadi syubhah di hari Valentine seperti ini, kerana diketahui ianya dibeli khas untuk mearikan Valentine yang haram. Seperti juga hukum menjual anggur kepada tukang buat arak yang telah diketahui. Ia tidak dibenarkan dalam Islam menurut pendapat yang terkuat.

Para ulama juga menyatakan LARANGAN untuk saling mengirim ucapan Valentine, cinta dan kasih bersempena hari itu. Perlu dianggapkan hari Valentine itu tidak wujud dan ia adalah sebuah hari biasa sahaja.

Rujukan :
iluvislam.com

Artikel Asal : Klik Di sini