Showing posts with label MUHASABAH. Show all posts
Showing posts with label MUHASABAH. Show all posts

Hensem VS x Hensem

Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap: woow, cool giler…
Kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus…

Kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody’s perfect
Kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
Perempuan akan cakap: memang…. muka pun macam pecah rumah!

Kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
Perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
Kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia…

Kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: sepadan sangat…
Kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

Kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
Kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata:…(terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)…

Kalau lelaki handsome penyayang binatang
Perempuan akan cakap: perasaannya halus…penuh kasih sayang
Kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
Perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi…

Kalau lelaki handsome bawa BMW
Perempuan akan cakap: matching… hebat luar dalam
Kalau lelaki tak handsome bawa BMW
Perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?…

Kalau lelaki handsome tak mau bergambar
Perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
Kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
Perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?…

Kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
Kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu….

Kalau lelaki handsome bersedih hati
Perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
Kalau lelaki tak handsome bersedih hati
Perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?

inikah yang difikirkan oleh gegurl mase kini??
rupa paras yang penting ataupun hati dalaman??
jangan harapkan seorang yang handsome tetapi hati dalaman hancuss..
so,handsome or xhandsome??
lu orang pikirla sendiri..

Renung-renungkanlah Wahai Sahabatku


Renung dan fikirlah wahai sahabatku sekalian...
Sejauh mana kita mencintai Allah .. Tuhan yang Maha Agung ???

Suatu pagi aku terbangun dan berpeluang melihat terbitnya mentari.
Aaah... kecantikan alam ciptaan Allah memang tiada tolok bandingnya. Sedang aku memerhati, aku puji Tuhan atas segala keindahan yang telah disajikan itu. Aku duduk dan terasa kehadiranNya di sisiku.

Dia bertanya kepadaku, "Adakah kamu mencintai Aku?" Aku menjawab, "Sudah tentu! Engkaulah Penciptaku, masakan aku tidak mencintaiMu."


Kemudian Dia bertanya lagi, "Jika kamu ditakdirkan cacat anggota, adakah kamu akan mencintaiKu?" Aku tergamam seketika. Aku lihat tangan, kaki dan seluruh anggotaku; aku teringat pelbagai kerja yang mustahil aku lalukan tanpa anggotaku ini yang selama ini tidak kusedari kepentingannya.

Kemudian aku jawab, "Tentunya ia amat sukar bagiku, tetapi aku akan tetap akan mencintaiMu."

Kemudian Dia bertanya lagi, "Jika kamu ditakdirkan buta, adakah kamu akan menyayangi segala ciptaanKu?" Bagaimana mungkin bagiku untuk mencintai sesuatu yang ditak mampu kulihat? Kemudian aku terfikir... ramai orang yang ditakdirkan buta di dunia ini, dan mereka masih mencintai Allah dan segala ciptaanNya.

Lantas aku menjawab, "Amat sukar bagiku membayangkan keadaanku yang sedemikian rupa, namun begitu, aku akan tetap menyintaiMu, ya Allah."

Dia bertanya lagi, "Jika kamu ditakdirkan pekak, adakah kamu akan tetap mendengar kepada kata-kataKu?" Bagaimana mungkin bagiku mendengar jika aku pekak? Kemudian aku tersedar bahawa mendengar itu tidak semestinya menggunakan telinga; tetapi menggunakan hati.

Aku jawab, "Walaupun takdir itu amat berat bagiku, namun aku akan tetap
menyintaiMu."



Dia menyambung lagi persoalannya, "Jika kamu ditakdirkan bisu, adakah kamu akan terus memujiKu?" Aku tertanya lagi, bagaimanakah aku boleh memuji tanpa suara? Aku terfikir kemudian yang Allah mahu kita memujiNya dari dalam hati dan jiwa kita; tidak penting bagaimanakah bunyinya.

Kemudian aku menjawab, "Sungguhpun aku tidak mampu untuk membunyikan pujian bagimu, aku tetap akan memujiMu."

Dan Dia terus bertanya lagi, "Adakah kamu benar-benar menyintaiKu?"



Dengan nada yang tegas dan penuh keberanian. Aku jawab dengan yakin, "Ya, benar Tuhanku, Aku menyintaimu kerana Engkaulah satu-satunya Tuhanku dan Tuhan yang sebenar!"

Aku fikir jawapanku tadi sudah cukup bagus untuk menjawab soalanNya tadi., tetapi Dia terus bertanyakanku lagi, "Kalau begitu, mengapa kamu masih melakukan dosa?"

Aku jawab, "Kerana aku cuma manusia biasa yang selalu lalai; aku tidak sempurna... aku bukan maksum."

"Kalau begitu, kenapa ketika kamu senang dan gembira... kamu lupakanKu; kamu lari jauh daripadaKu? Dan kenapa ketika kamu susah atau mahukan bantuan... kamu terus ingat kepada Aku; kamu datang dekat dan merayu kepada Aku?"


Aku tidak mampu berkata apa-apa. Yang kusedari.. titisan air mata membasahi pipiku.

Dia sambung lagi, "Mengapa kamu buat begini... kadang kala sujud menyembahKu, dan kemudian membelakangiKu; tidak pedulikanKu? Mengapa kamu hanya datang mencariKu hanya ketika kamu mengingatiKu? Mengapa kamu meminta dengan penuh tamak dan mementingkan diri sendiri? Mengapa kamu meminta kepadaKu sedang kamu tidak setia kepadaKu?"
Kurasakan titisan panas mengalir deras membasahi pipiku tanpa henti.

Mengapa kamu malu kepadaKu? Mengapa kamu tidak mahu menyebarkan suruhanKu? Mengapa ketika kamu dizalimi, kamu adukan kepada yang lain sedang Aku sedia mendengar segala rintihanmu? Mengapa kamu sering membuat alasan ketika Aku memberimu peluang untuk berkidmat di jalanKu?"

Ku gagahi bibirku untuk mengucapkan patah-patah perkataan bagi menjawab segala soalan yang bertubi-tubi diajukan kepadaku. Tetapi, aku tidak punyai jawapan bagi persoalan-persoalan tadi. Lidahku yang selama ini lancar berkata-kata, kini kelu. Otakku ligat mencari jawapan.. atau alasan... namun tiada apa yang kutemui sebagai jawapan.

Dia berkata-kata lagi...

"Kamu diberikan sebuah kehidupan. Aku jadikan dalam dirimu keistimewaan dan kelebihan berbanding orang lain untuk kamu berjuang di jalanKu, tetapi kamu tetap berpaling dari jalanKu. Aku tunjukkan kepadamu kata-kataKu sebagai panduan kamu dalam hidup ini, tetapi kamu tidak mahu mempelajar atau menghayatinya. Acap kali Aku berkata-kata kepadamu, tetapi kamu tutup telingamu. Acap kali Aku berikan pelbagai rahmat dan nikmat kepadamu, tetapi kamu berpaling daripada melihatnya. Aku turunkan kepada kamu PesuruhKu, tetapi kamu tidak ambil peduli ketika sunnahnya ditinggalkan. Aku dengar segala permintaan dan rayuanmu kepadaKu... dan semuanya telah Aku perkenankan dengan pelbagai cara."

Sambungnya lagi,

"Kini... adakah kamu menyintaiKu?"


Aku tidak mampu menjawabnya lagi. Bagaimana harus ku jawab persoalan ini? Dalam tak sedar, aku malu dengan segala apa yang telah aku lakukan selama ini. Aku tidak lagi punya alasan bagi menyelamatkan diriku. Apa yang bolehku jawab bagi persoalan itu?

Ketika hatiku berteriak menangis, dan bercucuran air mata mengalir turun di kedua-dua belah pipiku, aku merintih, "Oh Tuhanku... ampunkanlah segala dosaku. Aku tak layak menjadi hambaMu ya Allah..."

Kemudian Dia menjawab, "Sifatku pengampun... barangsiapa yang memohon keampunan dariKu, nescaya Aku ampunkannya. Dan... Aku ampunkan kamu wahai hambaKu."

Aku bertanya kepadaNya, "Mengapa Engkau tetap mengampunkanku sungguhpun aku melakukan kesalahan berulang kali dan memohon ampun berulang kali? Sampai begitu sekalikah cintaMu terhadapku?"

Dia menjawab, "Kerana kamu adalah ciptaanKu. Aku sekali-kali tidak akan mengabaikan kamu. Apabila kamu menangis, Aku akan bersimpati kepadamu dan mendengar segala rintihanmu. Apabila kamu melonjak kegirangan, Aku akan turut gembira dengan kegembiraanmu. Apabila kamu berasa gundah dan kesepian, Aku akan memberikanmu semangat. Apabila kamu jatuh, Aku akan membangkitkanmu. Apabila kamu keletihan, Aku akan membantumu. Aku akan tetap bersama-samamu hinggalah ke hari yang akhir Dan Aku akan menyayangimu selama-lamanya."

Optimis pada Kehidupan!


Things sometimes doesn't goes as it plans in life. Ada kalanya kita merancang sesuatu dengan baik, tapi akhirnya tidak menjadi juga rancangan kita. Tapi ada kalanya, keadaan terbalik juga berlaku. Kita tidak merancang apa pun, hadir pulak rezeki.

Bagi mereka yang beriman, mereka akan rasa, ini adalah karunia Allah SWT buat mereka. Namun bagi mereka yang kurang keimanan, mereka akan rasa, ini adalah nasib.

Nasib? Wujudkah nasib dalam dunia ini? atau segalanya memang rancangan Allah? Bergantung kepada mereka yang menafsirkannya.

Untungnya bagi seorang mukmin, bila mereka meyakini janji-janji Allah itu pasti, hidup mereka akan sentiasa memandang ke hadapan walau berat macam mana sekali pun beban yang terpaksa di pikul, walau terseksa macam mana sekali pun jasad menanggung. Mereka yakin, segala mehnah ini datangnya daripada Allah. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan untuk menguji keimanan mereka. Untuk menaikkan pangkat iman mereka. Bukan untuk menyeksa dan mendera mereka.
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah : 286]
Setiap hari, bila mereka bangun pagi, mereka berazam untuk melakukan yang terbaik untuk hari tersebut. Andai ada gunung yang tinggi menghalang, ia akan di daki, andai ada laut yang luas terbentang, ia akan di harungi, semuanya untuk mencapai matlamat mulia sebagai seorang hamba.

Tekanan dan desakan yang diberikan dunia hanyalah pemangkin kepada pemantapan iman. Selagi mana mereka berpegang teguh kepada tali Allah, maka mereka akan lebih yakin, janji Allah itu pasti.

Rasulullah SAW merupakan qudwah terbaik buat kita dalam menjalani kehidupan. Sikap optimistik baginda yang begitu tinggi serta keteguhan iman baginda yang tiada tolak bandingannya menyebabkan hingga hari ini, kita di berikan nikmat Iman dan Islam oleh Allah SWT.

Sekali pun baginda tidak berpeluang untuk melihat Islam tertegak di muka bumi ini hingga menjadi sebuah tamadun yang teragung suatu ketika dahulu, namun dengan usahanya yang begitu bersungguh-sungguh serta sikapnya yang optimis terhadap janji Allah, hasilnya risalah ini tersebar keseluruh pelosok dunia.

Dan itu baginda SAW, seorang rasul, tapi juga seorang manusia. Allah membuktikan yang manusia sememangnya mampu mengubah dunia andai mereka yakin dengan janji-janji Allah. Seandainya mereka optimis dalam melakukan gerak kerja. Sememangnya manusia itu merupakan mahkluk Allah yang hebat, cuma...bila mereka melupakan tujuan hidup mereka, lupa tentang tugasan mereka serta tidak yakin dengan janji-janji Allah, maka mereka ibarat sebuah kereta ferrari yang tersimpan dalam garage. Hanya menunggu masa.

Rasulullah SAW bersabda:
Manusia ibarat logam. Sehebat-hebat mereka ketika jahiliyah, juga sehebat-hebat mereka ketika Islam adalah kerana mereka faham. (Bukhari)
Yakinlah, anda mampu mengubahnya!!

Sumber: Optimis pada Kehidupan~

Bersyukur dorong insan lebih tawaduk


Oleh Khairunneezam Mohd Noor

ALLAH menganugerahi banyak nikmat kepada manusia. Dengan sifat maha pengasih dan penyayang-Nya, manusia dapat merasai kelazatan pelbagai nikmat kurniaan Allah yang bersifat keduniaan (duniawi) dan akhirat (ukhrawi).

Firman Allah bermaksud: “Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkan kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah an-Nahl, ayat 18)

Nikmat Islam dan iman adalah kurniaan Allah paling berharga dan tidak semua manusia dapat mengecapi kedua-duanya. Sesiapa yang memilikinya harus bersyukur dan menjaganya sebaik mungkin.

Seseorang yang bersyukur dengan nikmat Islam dan iman tidak berasa susah sekalipun miskin atau melarat kerana jiwa raganya cukup kaya serta rasa dekat dengan Allah. Nikmat Islam dan iman menjadi benteng teguh untuk mencegah seseorang mendekati kemungkaran. Nikmat Islam dan iman juga faktor penyelamat kehidupan di dunia dan akhirat. Namun, kita biasa mendengar ‘nikmat hanya dirasai apabila kita kehilangannya’. Inilah keadaan biasa dalam kehidupan manusia yang mungkin terlupa atau tidak mahu bersyukur tatkala hidupnya bahagia dianugerahi pelbagai nikmat Allah.

Golongan itu juga dipanggil sesetengah orang sebagai lupa daratan atau kufur nikmat. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi dan Kami jadikan untuk kamu padanya (pelbagai jalan) penghidupan (supaya kamu bersyukur, tetapi) amat sedikit kamu bersyukur. Apabila nikmat ditarik balik oleh-Nya, barulah seseorang mahu menangisi dan menyesal kealpaan untuk bersyukur kepada Allah ketika dilimpahi nikmat tidak terhitung.” (Surah al-A’raaf, ayat 10)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Rebutlah lima perkara sebelum hadir lima perkara; masa mudamu sebelum tua, sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, masa lapang sebelum sibuk dan hidup sebelum mati.” (Hadis riwayat al-Hakim)

Rasulullah SAW memberi isyarat kita perlu mensyukuri nikmat Allah. Kita juga diisyaratkan untuk terus tawaduk melaksanakan ibadah kepada-Nya walaupun dalam keadaan senang, bukan hanya ingatkan Allah apabila susah.

Kita wajib mensyukuri nikmat Allah tanpa mengira miskin atau kaya, tua atau muda dan lelaki atau perempuan. Syukur tanda tunduk kepada Allah satu-satunya Tuhan yang berhak disembah. Ini selaras firman Allah bermaksud: “Syukurlah terhadap nikmat Allah jika kamu sungguh-sungguh menyembah-Nya.” (Surah an-Nahl, ayat 144)

Konsep bersyukur menurut Imam al-Junaid ialah menyalurkan segala nikmat Allah ke arah kebaikan dan kebajikan, bukan kemungkaran atau kemaksiatan. Untuk itu, KH M Syueb Ushul menyarankan kita menyerlahkan kesyukuran dengan hati, ucapan dan perbuatan. Bersyukur melalui hati ialah menanam azam menyalurkan nikmat itu untuk beramal kepada Allah, membuat kebajikan kepada manusia dan makhluk, selain tidak putus mengingati-Nya.

Mensyukuri nikmat secara lisan, ialah dengan lidah yang basah mengucapkan dan memperbanyak zikrullah. Akhirnya, mensyukuri nikmat melalui perbuatan mendorong tindak-tanduk melaksanakan ibadah kepada Allah sepenuh rela, tawaduk serta melaksanakan amar makruf nahi mungkar.

Diriwayatkan Saidatina Aisyah bahawa beliau memerhatikan Rasulullah SAW beribadah penuh khusyuk siang dan malam sehingga bengkak kaki Baginda, lalu beliau bertanya: “Ya Rasulullah, mengapakah engkau tidak henti-henti beribadat kepada Allah? Maka Rasulullah SAW menjawab: Tidakkah aku sepatutnya menjadi hamba yang bersyukur?”

Bayangkan Rasulullah SAW, semulia-mulia manusia yang dijamin kedudukannya di syurga, tidak putus menzahirkan syukur terhadap nikmat Allah. Baginda terus beramal sepenuh hati, perkataan dan perbuatan. Apatah lagi kita manusia biasa yang masih perlu diperhitungkan timbangan dosa dan pahala di akhirat, apakah kita tidak mahu menyerlahkan kesyukuran sehebat kualiti manifestasi kesyukuran Rasulullah SAW terhadap nikmat pemberian Allah.

Andainya kita mampu menerbitkan rasa syukur terhadap nikmat Allah secara istiqamah, yakinilah dengan izin-Nya, segala amal diberi ganjaran pahala dan syurga. Bahkan Allah menjanjikan nikmat kurniaan-Nya kepada kita berlipat gandakan. Namun, lain pula halnya apabila seseorang tidak tahu atau tidak mahu bersyukur seperti tidak berterima kasih apabila menerima pemberian orang lain.

Apakah perasaan pemberi hadiah jika orang yang menerimanya berat mengungkapkan perkataan ‘terima kasih’ bahkan perbuatannya juga jauh daripada menunjukkan rasa menghargai hadiah itu.

Begitu juga persoalannya, apakah layak seseorang terus menerima nikmat dan rahmat Allah jika dia tidak tahu berterima kasih atau bersyukur? Malang nasib seseorang apabila rasa syukur tidak diterbitkan dalam hati, lidah mahupun perbuatan kerana balasan azab Allah sangat menyeksakan.

Hal ini selaras firman Allah bermaksud: “Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.” (Surah Ibrahim, ayat 7)

Nikmat perlu disyukuri bukan disalahgunakan ke arah kemungkaran dengan menjadikan hawa nafsu dan tipu daya syaitan sebagai nakhoda dalam jiwa serta pemikiran. Nikmat dianugerahkan Allah perlu dianggap pendorong untuk lebih khusyuk dan tawaduk mengabdikan diri kepada-Nya dan memperteguhkan tahap keimanan demi kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

Sumber: Bersyukur dorong insan lebih tawaduk

Aku Orang Baik?


Pernah tak disuatu ketika anda merasakan seperti, hari ini...

‘aku dah belajar banyak benda. Banyak topic yang aku dah cover, banyak subjek yang aku dah revise. Kesimpulannya hari ini aku telah berjaya melakukan banyak benda dan yang paling penting hari ini aku dah study dari pagi sampai petang dan aku tak buang masa aku dengan benda tak berfaedah cam orng lain’
Pernahkan perasaan seperti itu terlintas di hati anda?
Atau mungkin bukan saja dalam konteks pelajaran dan ulangkaji, tapi dalam apa jua kedaan yang mana kita rasa kita dah bagi yang terbaik, yang terbanyak dan sekarang kita merasakan puas dan cukup?

Kadangkala sesetengah individu akan merasakan
aku dah cukup baik, aku tak kacau hidup orang lain dan orang lain juga tak kacau hidup aku..hidup kau hidup kau, hidup aku adalah hidup aku.
Kita rasa kita dah jadi pelajar yang cemerlang dan terbilang kerana kita adalah yang terajin dalam kumpulan kita, atau mungkin kita adalah yang terpandai dalam batch kita. Dari segi akhlak dan perangai pulak, kita rasakan kita dah mencapai piawaian kerana kita seorang yang rajin belajar, pandai manfaatkan masa terluang dengan menelaah buku pelajaran, maklumlah nak jadi doctor ilmu kena banyak.

Kita juga rasa kita bukan cam orang lain yang suka buang masa layari internet, chatting, layan you tube, sembang-sembang dan borak kosong. Sambil lepak-lepak diisi dengan gossip dan mengumpat. Kita rasa kita tidak ada semua element tak baik tu. Malah lebih meneguhkan lagi keyakinan kita yang kita nie baik, apabila hujung minggu jer kita pergi usrah. Dengar naqib/naqibabercerita, pesan-pesan sikit lepas tu balik bilik dan terus buka buku dan sambung study.

Dengan amalan dan rutin seperti itu maka kita rasa kita telah berbuat yang sebaiknya. Kita juga telah menjadi pelajar yang terbaik dan orang yang berakhlak baik. Kita berpuas hati dengan prestasi sendiri dan merasakan cukup dengan apa yang telah kita buat, dengan apa yang kita kononnya sumbangkan dan korbankan. Tapi kita terlupa akan pesan allah..

‘…iaitu orang yang sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia, sedangkan mereka mengira telah berbuat sebaik-baiknya’ (18:104)
Kenapa semua amalan itu hanya sia-sia pada pandangan Allah?

Apakah perasaan anda jika segala amalan yang selama ini anda rasakan anda telah berbuat yang sebaik-baiknya, yang anda rasa anda telah memberi dengan sepenuh jiwa raga, yang anda rasa anda telah banyak berkorban dan puas dengan pencapaian anda tetapi hanya sia-sia dan tak diterima Allah?

Apakah perasaan anda jika selama ini anda rasa macam dah jadi orang yang paling baik di dunia tapi sebenarnya tidak berjaya pun mencuri perhatian Allah? Apa anda rasa jika anda fikir anda telah buat semua amalan yang baik-baik tapi sebernarnya satu pun Allah tak redha?

Kadangkala kita terlupa bertanya pada diri sendiri…

dah cukupkan amalan baik yang aku buat nie?

Betulkah aku buat ikhlas kerana Allah atau semata-mata untuk nampak baik di mata orang lain?

Allah terima kersolat yang aku buat tiap-tiap hari itu?

Allah berkat ke study dan ilmu aku tu?

Betul ke aku study sebab aku nak dekat diri dengan Allah, sebab nak tahu kekuasaan dan kebesaran Dia atau semata-mata sebab dah dihantar ke Rusia ni untuk belajar, maka belajar je la..?

hmmm...

Pernahkah kita memeriksa kembali niat kita, tujuan kita dan matlamat kita?
Patutkah kita rasa dah cukup dan berpuas hati dengan apa yang telah kita buat tanpa ada rasa untuk sentiasa memperbaiki diri dan jadi lebih baik semata-mata untuk mengharapkan redha Ilahi?
Jangan hanya nak rasa puas untuk diri sendiri tapi berusahalah untuk membuat Allah puas dengan kita, Allah redha dengan kita dan yang paling penting moga amal kebaikan kita diterima Allah dan tidak menjadi sia-sia.

‘dan Kami perhatikan segala amal yang mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amalan itu (bagaikan ) debu yang beterbangan’ (25:23)

Sumber: Aku Orang Baik?


Wallahualam.

Namun apa jua pun, jika kita pasti apa matlamat kita diciptakan di atas muka bumi ini,
tidak ada masa untuk melakukan sesuatu perkara yang sia-sia selain menyandarkan kesemuanya semata-mata kerana Allah S.W.T. (menasihati diri sendiri)

Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadat kepada-Ku.(51:56)

Life as a Muslim

All Praise be to the one who Created us;
There are some who make His existence a fuss;
Those who disbelieve in Him,
they are in Loss;

In this life we have a test;
The question: whose fear of Allah is the best?
To worship him is our quest.

Time and Time again we are faced with situations;
In which we must make tough decisions;
Fools are we, we think we're so smart;
shaytan attacks us with many ideas like darts;
According to him, we plan and chart;
Not knowing that he is poisoning our hearts;
The time comes when we realize the mistake in our Parts;
One last chance!,
for some the tauba starts;

Even still,some don't ask of His Forgiveness;
They don't realize that they're in a big mess;
Never do they ask of Allah's Mercy;
They have eyes, but can they really see?;

There are also the righteous however;
Forget to ask Allah?, NEVER!;
They ask Allah in every endeavor;
To help them as part of His Favor;

Then, even if they are affected by Shaytans call;
They are not hurt by the hard fall;
They quickly get back up, standing tall;
Racing to gain forgiveness from The Merciful;
Allah promised to answer the caller's call;

Take a lesson from the fitra of the child;
With the lesson of walking they are trialed;
Yes, they do fall, but they are not beguiled;
They get back up and take a step;
Maybe again they accidentally trip;
But they stand up again and get a grip;

More and more steps take place;
Before you realize it, they are walking with so much grace;
An example for us, as we grow in our age and Deen;
Like the baby, hard challenges we have seen;
As the baby walks with so much grace;
We should also pick up our pace;

We are travelers, there is no question;
To Allah is our ultimate destination!
May the Prayers and blessings of Allah be on His beloved;
and on the companions who prayed and strived;
That the Deen of Allah might be carried on to those who came later;
On high thrones will they be raised in the hereafter


*written by Imran Ibn Zarkhan Al Shafi
*source : In The Name of ALLAH, The Most Gracious, and The Most Merciful

Lalai....! Angkuh....! Sombong....! Kenapa kita bisa tinggal di bumi?


Bumi....
Itukah tempat tinggal anda?

Tunjukan kepada saya, di sebelah mana tempat tinggal anda, dengan jarak pandang bumi seperti gambar di sebelah atas ini.

Kenapa anda bisa tinggal di bumi itu?

Apa yang anda lakukan di bumi itu?

Apa yang anda cari di bumi itu?

Dengan siapa saja anda tinggal di bumi itu?

Seberapa penting bumi beserta isi dan segala urusan-urusannya bagi anda?

Kenapa anda begitu sombong, merasa paling kuat, merasa paling hebat, merasa paling pintar, merasa paling benar, merasa bangga atas apa yang anda miliki, sehingga lupa untuk apa anda tinggal di bumi ini... taukah anda untuk apa anda tinggal di bumi ini?

"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku." (QS Adz-Dzaariyat 51 : 56)

Terlenakah anda dengan urusan-urusan anda di bumi ini? ingatkah anda sedang tinggal di bumi milik Allah?

Anda begitu beruntung bisa tinggal di bumi dan menikmati sari pati bumi, Anda begitu beruntung mempunyai matahari yang bercahaya sehingga membuat siang anda menjadi terang... tapi ingatkah anda sedikit saja siapa yang menciptakan bumi, matahari, cahaya, dan semua yang ada maupun yang tidak ada di hadapan anda saat ini?

Dimanakah bumi yang menjadi tempat tinggal anda dan semua saudara - saudara anda berada? begitu kecilkah bumi?

Masih pantaskah anda sombong?

Sekarang cobalah anda dengarkan/kumandangkan Takbir, bayangkan dengan melihat gambar jagad raya di sebelah kiri anda itu, semua saudara-saudara anda yang berada di seluruh penjuru bumi dalam waktu yang bersamaan mengumandangkan Takbir yang mengagungkan ALLAH YANG MAHA BESAR seperti saat hari raya Idul Fitri & Idul Adha, bayangkan suara anda bersama seluruh saudara - saudara anda menggaung ke seluruh penjuru bumi dan alam semesta. Subhanallah... apa yang anda rasakan?

Percayakah anda tentang Hari Akhirat? Hari dimana bumi dan alam semesta akan hancur porak-poranda...

Saat itu Allah akan begitu murka atas perbuatan kita selama ini...

Percayakah anda bahwa suatu hari anda akan meninggal? tubuh anda begitu dingin, terbujur kaku, dan berselimut kain kafan putih...

Lupakah anda bahwa kematian yang sudah pasti akan anda alami akan menjemput anda?

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. [Ali 'Imraan(3) :185] Allah bertanya: "Berapa tahunkah lamanya kamu tinggal di bumi?" Mereka menjawab: "Kami tinggal (di bumi) sehari atau setengah hari, maka tanyakanlah kepada orang-orang yang menghitung." Allah berfirman: "Kamu tidak tinggal (di bumi) melainkan sebentar saja, kalau kamu sesungguhnya mengetahui" Maka apakah kamu mengira, bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? [Al Mu'minuun(23) : 112-115]

Tulisan ini tertuju untuk jiwa seseorang yang sekian lama telah terlena oleh kehidupannya di dunia, seolah-olah dia lupa akan kematian yang akan segera menjemputnya, seolah-olah dia lupa untuk apa dia terlahir ke dunia.

Sadarlah wahai jiwa yang lalai... Sadarlah....

Allahu Akbar... Allahu Akbar... Allahu Akbar... Lailahailallah huwallahu akbar... Allahu Akbar Walillahilhamd....

Sumber : Lalai....! Angkuh....! Sombong....! Kenapa kita bisa tinggal di bumi?

10 Things We Waste!!!

1. Our Knowledge: Wasted by not taking action with it.

2. Our Actions: Wasted by committing them without sincerity.

3. Our Wealth: Wasted by using on things that will not bring us ajr (reward from Allah). We waste our money, our status, our authority, on things which have no benefit in this life or in akhirah (hereafter).

4. Our Hearts: Wasted because they are empty from the love of Allah, and the feeling of longing to go to Him, and a feeling of peace and contentment. In it's place, our hearts are filled with something or someone else.

5. Our Bodies: Wasted because we don't use them in ibadah (worship) and service of Allah.

6. Our Love: Our emotional love is misdirected, not towards Allah, but towards something/someone else.

7. Our Time: Wasted, not used properly, to compensate for that which has passed, by doing what is righteous to make up for past deeds.

8. Our Intellect: Wasted on things that are not beneficial, that are detrimental to society and the individual, not in contemplation or reflection.

9. Our Service: Wasted in service of someone who will not bring us closer to Allah, or benefit in dunyaa.

10. Our Dhikr (Remembrence of Allah): Wasted, because it does not effect us or our hearts...

25 Pesanan Luqmanul Hakim

1. Hai anakku; ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

2. Orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH juga.

3. Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

4. Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

5. Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

6. Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

7. Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

8. Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.

9. Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

10. Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.

11. Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12. Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.

13. Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14. Makanlah makananmu bersama sama dengan orang - orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

15. Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

16. Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.

17. Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.

18. Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

19. Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ (riak) yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

20. Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21. Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22. Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.

23. Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.

24. Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.

25. Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

10 TANDA HATI MATI

Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah :

1. Mengaku kenal Allah swt, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.

2. Mengaku cinta kepada Rasulullah saw, tetapi mengabaikan sunnah baginda.

3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.

4. Memakan nikmat-nikmat Allah swt, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.

5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.

6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.

7. Mengaku adanya siksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.

8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.

9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.

10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.