Berfikir Dari Banyak Sudut


Manusia sentiasa berfikir dan berfikir selagi anugerah otak yang dianugerahkan oleh Allah SWT ini masih dapat berfungsi sebaik mungkin. Terutama dalam membuat keputusan untuk sesuatu perkara, atau mungkin juga berfikir dalam membuat penilaian tentang sesuatu.

Ramai di antara kita sememangnya mengetahui bahawa sesuatu keputusan yang baik yang diputuskan sudah tentu dipengaruhi oleh sudut-sudut pandangan tertentu. Semakin banyak sudut pandangan yang difikirkan maka sudah tentu keputusan dapat dihasilkan dengan cara yang terbaik. Tetapi bagaimana untuk berfikir dari sudut yang berbeza? Inilah yang menjadi sedikit sebanyak persoalan yang sering berlaku kepada mereka yang gagal untuk membuat keputusan yang baik.

Berfikir dari banyak sudut bermaksud berfikir tentang sesuatu masalah atau perkara yang difikirkan dengan melihat tentang kebaikan dan keburukan, positif dan negatif dan juga tersurat dan tersirat kepada masalah tersebut. Terutama bila permasalahan yang banyak melibatkan antara hubungan manusia sesama manusia. Bukan mudah untuk membuat keputusan dalam situasi seperti ini. Perselisihan faham sering kali akan menjadi lebih buruk jika berfikir hanya dilihat dari satu sudut sahaja dan mendengar dari satu pihak semata-mata.

Dalam situasi seperti ini cara berfikir amat penting dan perlu sensitif terhadap keseluruhan masalah. Jika konflik seumpama ini hanya difikirkan dari satu sudut sahaja atau mungkin mendengar dari satu pihak sahaja maka keputusan yang diputuskan sudah pasti akan memberi impak yang tidak baik dan juga bakal menyakiti hati sebahagian pihak yang lain.

Berfikir dari banyak sudut perlu dilakukan secara rasional dan terbuka serta tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jangan sekali-kali membuat keputusan dalam keadaan emosi yang tidak stabil seperti dalam keadaan marah, sedih atau juga mungkin bersikap untuk kepentingan diri dan peribadi. Andai perkara-perkara ini mempengaruhi setiap sudut pandangan maka sudah tentu keputusan yang dicipta juga tidak tepat dan akan mengundang konflik-konflik yang lebih sukar untuk diselesaikan.

Sumber : Berfikir Dari Banyak Sudut

2 ilhamNya:

Anonymous said...

seorang shbt pernah bkata: awak selalu memberi pandangan dari sudut yang tak pernah saya jangka dan terfikir. bagaimana awak lakukan tu?

jawapan saya ada tiga:
1. kita harus latih minda kita berfikir dan terus mencari lebih daripada kebiasaan. push yourself to see from other point of view.
2. banyakkan membaca drp plbgai sumber. rujuk salah satu drp 10 ciri individu muslim.
3. ingatlah semuanya datang daripada Allah swt. ilham dan segala ilmu tak akan datang tanpa izinNya. tawakal dan minta padaNya supaya apa yg bakal disuarakan akan mjadi ibadah, bukan kata2 yg tidak berguna.

fieqa said...

cikgu ii,

terima kasih atas perkongsian.
ya,saya sangat bersetuju...
fikirlah di luar kotak, dan lihatlah dunia dari kaca mata islam, nescaya kamu akan mnjumpai jalan menuju ke arahNya..insyaAllah..
tingkatkan kefahaman n pengamalan, moge Allah mengira setiap dr usaha kita..insyaAllah..