Oleh : Dr. Danial bin Zainal Abidin
Manusia menjadi lebih matang & mantap selepas diuji. Tanpa ujian potensi dirinya tidak akan terserlah. Justeru kita sepatutnya bersyukur apabila mendapat ujian. Imam Al-Ghazali menjelaskan kepada kita bagaimana hendak melihat sesuatu ujian secara positif. Bagi setiap ujian duniawi (eg. kemiskinan, kesakitan, ketakutan & kebencanaan), terdapat 5 perkara yang sepatutnya disyukuri.
Ujian Menurut Imam Al-Ghazali
Kelima-lima perkara itu mengikut Imam Al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin ialah,
· Musibah & kesakitan bukanlah kuasa yang akan menentukan jalan hidup kita. Kuasa yang menentukan jalan hidup kita ialah Allah, justeru segala ujian yang menimpa adalah kecil berdepan dengan kekuasaan Allah yang menentukan segala-galanya.
· Musibah yang menimpa adalah ringan kerana ia tidak berkaitan dengan agama. Imam Sahl bin Abdullah berkata, “Bersyukurlah kepada Allah kerana jika syaitan memasuki hatimu & merosakkan tauhidmu maka apakah yang hendak kamu lakukan?” Omar Al-Khattab berkata, “Jika aku mendapat ujian duniawi aku bersyukur kerana terdapat padanya empat nikmat, (1)ujian itu tidak berkaitan dengan agama. (2)ia tidak begitu besar berbanding ujian agama. (3)aku akan mdapat keredaanNya dengan ujian itu & (4)aku mgharapkan pahala daripadanya.”
· Berbanding akhirat, azab di dunia adalah ringan & sekejap. Tambahan pula ujian di dunia dapat dikurangkan dengan pelbagai cara sedangkan hal ini tidak dapat dilakukan berhubung dengan azab di akhirat.
· Penderitaan itu adalah sebahagian daripada ketetapan Allah. Lantas apabila ketetapan itu berlaku akan brkuranganlah ujian keatasnya & mungkin juga akan datang selepas itu kesenangan & kebahagiaan.
· Ujian-ujian di dunia ini adalah jalan untuk mencapai kebahagiaan di akhirat. Ujian di dunia boleh diumpamakan seperti ubat yang pahit yang bakal mendatangkan kesejahteraan di akhirat.
Kelebihan & Kebaikan Ujian
Umat Islam adalah umat yang hebat kerana mereka dididik untuk menerima ujian dalam hidup sebagai satu perkara biasa. Lebih dari itu mereka menyedari ujian dalam kehidupan akan mendatangkan banyak kelebihan & kebaikan pada mereka.
· akan dinaikkan darjat di sisi Allah. Imam Abu Daud meriwayatkan sabda nabi yang bermaksud, “Seseorang lelaki ada baginya satu darjat di sisi Allah yang dia tidak akan mencapainya dengan amal tetapi hanya akan mencapainya dengan ujian yang menimpa ke atas tubuh badannya.”
· akan menyebabkan dosa2 mereka diampunkan. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim, nabi bersabda, “Tidak ada satu pun musibah yang menimpa ke atas seseorang Muslim, sama ada kepenatan, sakit yang kronik, kerisauan, kesedihan, sebarang kesakitan & kemurungan, sehingga duri yang terkena di badannya, melainkan ia akan menjadi kifarat baginya dari dosa2.”
· Allah memberi jaminan, kesusahan adalah jambatan kepada kejayaan. Dalam surah As-Syarh ayat 5-6, Allah berfirman, “Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kesenangan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kesenangan.” Hal ini diperkukuhkan melalui sabda nabi yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi yang bermaksud, “Sesungguhnya kejayaan bersama-sama dengan kesabaran, kelapangan bersama-sama dengan kesusahan & sesungguhnya berserta dengan kepayahan ialah kesenangan.”
Sabar & Cekal
Sifat sabar & cekal amat dipentingkan oleh Islam kerana ia akan membantu anda untuk mencapai kejayaan. Oleh kerana itu, kalimat sabar diulang-ulangi tanpa jemu & bosan dalam Al-Quran.
· Dalam surah Al-Baqarah ayat 153 Allah berfirman, “Wahai mereka yang beriman, mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar & solat. Allah bersama-sama dengan orang yang sabar.”
· Dalam surah Ali-Imran ayat 120 Allah berfirman, “Jika kamu bersabar & bertakwa tipu daya mereka sedikit pun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu.”
· Dalam surah An-Nisak ayat 25 Allah berfirman, “Jika kamu bersabar ia adalah baik bagimu.”
· Dalam surah Yusuf ayat 90 Allah berfirman, “Sesiapa yang bertakwa & bersabar sesungguhnya Allah tidak akan mensia-siakan ganjaran ke atas mereka yang melakukan kebaikan.”
· Dalam surah Luqman ayat 17 Allah berfirman, “Bersabarlah atas apa yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk dalam perkara yang diwajibkan Allah.”
· Dalam surah Az-Zumar ayat 10 Allah berfirman, “Sesungguhnya Allah mengganjari mereka yang bersabar dengan ganjaran yang banyak yang tidak dapat dihitung.”
Contoh ‘Újian & Sabar’
1-Kisah Siti Hajar
Kisah yang ingatkn umat ttg satu kisah yang melambangkan kecekalan yang unggul. Oleh kerana nabi Ibrahim terpaksa mlaksanakan perintah Allah, Siti Hajar & anaknya Ismail ditinggalkn di satu kawasan yang kering kontang - Mekah. Bayangkan cabaran yang terpaksa dihadapi beliau ketika itu. Namun Siti Hajar tidak mengeluh & menyalahkan nasib serta takdir. Beliau bangun & berlari2 antara Safa & Marwah untuk mdapatkan makanan & pertolongan namun usaha itu tidak mdatangkan sebarang hasil. Akhirnya datang pertolongan daripada Allah. Dari celah bumi yang kering kontang itu terbit air yang mengalir hingga ke hari ini. Air itu ialah air zamzam. Ia mengalir dengan penuh keberkatan hingga kawasan yang tandus tanpa penghuni itu bertukar mjadi satu kawasan yang subur yang mjadi tumpuan manusia. Semua ini terhasil berkat kesabaran & kecekalan Siti Hajar. Dan begitulah sikap orang2 yang berjaya. Mereka bangun untuk berusaha. Ketika diuji mereka tidak suka mengeluh & menyalahkan orang lain. Mereka yakin dengan bantuan Allah & mereka sedar bantuan itu akan datang selepas mereka berusaha dengan penuh kesabaran. Jika mereka tidak berjaya di Safa, mereka akan mencuba pula di Marwah sehingga Allah anugerahkn pertolongan & kejayaan dari sisiNya. Memang benar, sikap positif Siti Hajar ini perlu kita contohi jika kita ingin mcapai zamzam kejayaan seperti beliau.
2-Kisah Penanam Kapas di Amerika Selatan
Pada abad ke19, Amerika Selatan kaya dengan kapas. Penanaman kapas mendatangkan hasil lumayan bagi penduduk2 di situ. Tiba2 malapetaka datang. Serangga2 kecil - boll weevil menyeberangi Mexico & musnahkan semua ladang2 kapas yang terdpt di Amerika Selatan. Ketika itu masalah ekonomi & penderitaan hidup melanda masyarakat. Namun kesan dari tragedi ini, penduduk2 di Amerika Selatan ubah strategi ekonomi mereka dengan menanam tanaman2 lain. Hasilnya begitu positif sekali. Ketika itu barulah mereka sedar bahawa mereka masih boleh hidup senang tanpa kapas. Yang sedarkan mereka tentang hakikat ini ialah boll weevil selepas ia mghancurkan ladang2 kapas mereka. Mereka amat berterimakasih kepada boll weevil lantas pada tahun 1910 masyarakat di Enterprise, Alabama, membina sebuah tugu khas untuk mengingatkan mereka tentang jasa serangga ini kepada mereka.
Kesimpulan
Justeru, bila berlaku sesuatu kejadian yang tidak diingini manusia perlulah bersabar, berfikiran positif & berbaik sangka terhadap Allah. Pada ketika yang sama mereka juga perlu berikhtiar serta berdoa agar usaha mereka mendapat kejayaan. Imam Abu Daud meriwayatkan, nabi bersabda, “Sesungguhnya Allah turunkan penyakit & ubat, dan Dia mjadikan bagi setiap penyakit ada ubatnya. Maka berubatlah, tetapi jgn kamu berubat dengan benda yang haram.” Memang benar, bagi setiap penyakit ada ubatnya demikianlah juga dengan hidup. Bagi setiap masalah ada jalan keluarnya. Justeru, janganlah mudah berputus asa ketika menghadapi ujian & cabaran. Bagi orang2 Islam jika mereka bersabar mereka akan mendapat kejayaan di dunia & akhirat.
Sumber : Mengapa Ujian Menimpa Manusia?
0 ilhamNya:
Post a Comment